Apa itu Lynas ?

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd, perkara ini bukanlah perkara yang remeh, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.


Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.


Sumber:

  1. Apa itu Lynas?
  2. National Geographic: Rare Earth Elements
  3. http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tatau yang mana satu

gundah gulana... fuhhhh... susah nya nak wat keputusan... nak kena pilih mana baik yang mana buruk... kalau ikut hati... konfirm dah nampak jalan..... tapi...... berat hati juga...

aduhaiiiii...

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Serabut, saru... bosan


Aku tatau nk citer hk mane dulu... alhamdulilah dan syukur ku pada maha suci yag satu kerana masih memberikan aku nyawa untuk melaksanakan tugas tugas harian aku... sebenarnya, ak rasa dikhianati oleh orang tersayang..sebab die dah mungkir janji... erm... nak wat mcm mana....rugi la ak malam tu... sakit hati mlm tu tak yah la citer... rasa mcm kene cucuk ngan garpu...ak apa lagi...dah nama pempuan... mengamok sakan la.... sampai die tak berani nak balik umah... alhamdulilah...walau pun ak ni jenis yg suka mengamok...tapi baran ak tak lama...




sekejap je baran ak..tak sampai sejam pun... tapi kalau org tak tahan...teruk juga...nasib baik die dah faham... kalau tak...huhuhuhu...ak le jugak yg susah nye... tuhan tu maha adil kan... nasib baik die dapat ak yg cepat cool...




tu citer yg pertama...citer ak yg kedua... sebab die tak tunaikan janji...hubungan ak ngan kawan aku yg sorang ni rengang...aduh laaa.... malas ak nak pikir kekadang... nak citer pasal sebab musabab kan...tak elok pulak mengata suami aku...dosa besar nanti ak.... dan aku tau kalau kalau aku citer...ak jugak yg sakit hati dgr die duk mengata suami ak... so aku pun elak elak kan la diri ak supaya ak tak bercerita mengenai hal tersebut..



so, jadik la aku mcm sekarang...umpama udang yg kepanasan... dah la panas...duk padang pasir lagi... kene pulak musim kemarau...mcm tu la gamak nyer perasaan ak skang ni...... hati isteri mana yg tahan wei dgr org mengata suami..tapi kalau kita sendiri kata takpe la..... susah susah hidup ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawan


ak ado kawan...nok oyak banyok tu dop la..nok oyak sikit pun dop jugok... mungkin sebab ak ni dop brehi bederat, jadi kawan ak ni tak berapa ramai la...kalu dale fb, tok sampai 2000 pun yg add ak jadi frend...

tapi ak dop memilih nk saing ngan sapo sapo...tok kisoh la ore tu uduh ko..lawa ko...gemuk, hite, pendek, panje..senget.. dan sbgnya... slagi dorg nk saing ngan ak... ak time je... tapi ak pntang kalu kawn yg tak ikhlas... banyok sangat dh ak jupo ore hk perut tok brapo kemas ni...saing make saing... make di sini buke bermaksud kanibal...kerat tangan kaki wat sup... ni yang jenis tikam belakang..

ak pun musykil...makin kita tua, kita menuju mati... makin ramai yang suka buat benda mcm ni... nampak baik di depan...tapi di belkang...nauzubillah...kekadang ni dalam blog pun diorang duk mengutuk kawan... kutuk la pemimpin yang tak adil ke... orang kafir ke... keadaan yang tidak adil ke... perkatakan lah... ni tidak... alih alih... ermmmm...malas ak nk sambung..

aku terkenang maso mudo mudo dulu...saing zaman kecik kecik...rukas pokok skali..mandi sungai... ngail ike puyu... igat katok, tuyuk, pok ko... masa tu hati ak rasa ikhlas jer...tenang jer...rasa esok nak gi lagi... nak besaing... bukan mcm lo ni... leteh nak berkwan... nak kecek pun tok tenteram... mcm mcm... bagi ak kawan adalah org yg bleh memaafkan kan kawan dan menerima segala apa perangai kawan nya...hatta yang jenis kentut busuk atau mulut berbau... yng dapat berkongsi suka dan duka..

at least yg ak rasa setiap pagi bangun nak jumpa dia... itu la kawan bagi ak...sayang...sampai skang ni ak tak jumpa lagi selepas ak tamat darjah satu...dan kawan aku pindah sekolah... mungkin juga hati kita masa tu bersih.... sangat bersih dn putih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sahabat


Mengapa kau hanya mendengar angin,
Kenapa tak kau cuba mencari tahu dari mana angin membawa debu,
Kau ini, angin saja yang kau percayakan,

Sedangkan, telah aku serahkan jasad dan rohku untuk kau amati,

aku tak ingin sendiri,
aku tak ingin terpisah

hanya saja ceritamu mula berbau hamis,
otakmu basi aku rasakan
akhirnya tidak semua yang aku suka harus aku pilih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah Makan Belum

Seorang adik hk baru kelik dari umah mok menelepon kakak bertanya " da, bakpo mun dop kelik arini", kakok dia jawab " takdop bakpo...ado kijo sket...budok budok ni nok duduk dumah" sang adik ni pum berasa tak bape best dgn jawapan kakak die... pelik..biase kak dio pantang cuti...nak balik umah...balik kampung...

tapi semalam, luarbiasa sungguh keadaan... die tanya lagi "mung make nasik doh ko"... kakak jawab "nanok dos, tau budok-budok ni, tok sir make lagi"... adik koho pelik...jam pukol 10 malam... kakok yang mempunyai anok 5 masih dop make nasik...biasa diorang ni lepas isyak...start gulung2 doh tempat tido.... adik mula rasa ade sesuatu yg tak kena... (suspens)

"aku nk beli nasi makan umah mung, berapo ore ado dumah, raso nok make nasik kerabu".. kakok dio oyak..."7, kalu mung nok beli takpo la..." akhirnya... sang adik sampai dumoh kakok dan segala-gala persoalan terjawab... kakok die di timpa musibah... terpaksa mengikat perut sebab duit hk ado terpaksa diguno utk bayar yuran skool anok anok...

gaji suami masih dop dapat lagi... ye la..hujung hujung bulan ni... aku yg dengar citer...rase nak menangis... just u imagine, kakok ni ado 5 org anok...bongsu umur 2 tahun, 4 tahun, 12, 13, 15.. budak umur 2 tahun terpaksa puasa 2 hari..bertahan kan air jer...

Alhamdulilah...adik masih berhati perut...tok sapa hati nak tgl kakok dio mcm tu...die pun berilah rm50 sementara menunggu gaji laki dio... lepas tu adik pun pulang ke rumah dimana isterinya yang setia sedang menunggu...

so... agak agak apa perasaan owang di malaysia bila dengar citer mcm ni...memang...memang ni betol betol belaku...dan isteri yang setia tunggu suami tu akula... :>... aku pun tak faham..kenapa yuran pelajaran kene tinggi..padahal gaji rakyat masih di takok lama... kalau ptptn tu sejak 10 tahun lepas lagi harga sama... sejak zaman rokok harga 10 sen sebatang...

ak tatau ni perlu dipertanggungjawabkan kepada siapa...korang pikir la sendiri...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perampas suami orang... penghancur rumah tangga

erm.... kali ni, ada citer sket...alahai...kesian nya dekat kawan ak soram ni... ntah la...kalau di pikir pikir...semua ni dalam ketentuan nya...jadi kita tak boleh salahkan sesiapa... tapi kalau dah kawin selama 15 tahun, anak dah besau panjang... dah berkorban nyawa dan harta... segala gala macam di curahkan... taat setia dan pengorbanan yang tak terhingga....


hati mana yang tak hancur luluh melihat kecurangan seorang makhluk bernama suami... maha suci allah yang menjadikan lelaki pelindung bagi wanita.... tapi kenapa setiap hari ada sahaja lelaki yang tega menghancurkan wanita...
ak tak salahkan budak pempuan aka org ketiga....kalau dah laki ni gatal+miang+tak sedar diri memang la... nauzubilallah...


cakap banyak...sumpah seranah pun tak guna dah cik kak oi... bila ditanya tanya...dia cakap takde ape la...budak tu yg tergila gilakan dia.... tanya lagi...takde la...takan la abg nak...dia tu bukan cantik pun... adik sorang la yang abang sayang...
erm...isteri mana yang tak hancur hati...pandai sungguh suami bermadah...berhelah....memang besau la helah nya...


kenapa tak bercakap jujur jer.... sayang...abang dah terlanjur berkasih dan mencintai orang lain...abang ingin berkahwin lagi....abis cerita... tak payah berbohong...menipu dan segala macam sunat perbohongan lagi...



kesian nya kawan aku ni...harap tuhan maha pemurah dan maha pengampun....berikan mereka kekuatan.... menghadapi segala macam dugaan... ya allah jangan la kau uji umatmu dengan ujian yang tak dapat mereka harungi...jauhkan lah ujian yang berat berat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS